Contoh Surat Mohon Sumbangan

Surat mohon sumbangan adalah salah satu jenis yang memerlukan pendahuluan yang baik. Susunan kata-kata yang baik dan menarik haruslah digunakan . Peranan surat mohon kutipan derma ini adalah untuk mendapat simpati si pembaca khasnya. Isi kandungan surat ini perlulah mempunyai rangka yang kukuh dan sesuai digunakan untuk surat jenis mohon dana sumbangan. Contoh surat mohon sumbangan ini adalah salah satu contoh surat memohon sumbangan derma atau dana .

Hj Ayob Bin Abu Seman
A14,Kg ulu Sena,06740
kuala nerang,kedah

15 Oktober 2018

Tuan Pegawai ,
Hj Non Hanifah Bin Hj Adam
Kg Batu Hampar ,lorong jawa
01455 simpang kuala
alor star kedah.

Tuan,

Per: Mohon Sumbangan Derma

Saya menulis surat mohon sumbangan ini sebagai wakil daripada kampung ulu Sena. Sebagai penduduk dan juga wakil kampung , saya merasakan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga kebajikan kampung dan membantu penduduk yang menghadapi masalah. Hari ini saya ingin menjemput tuan untuk bersama-sama didalam kempen kutipan derma . Ianya adalah bertujuan membantu mangsa banjir lumpur yang telah menjejaskan kehidupan penduduk di kampung ulu sena.

Muat Turun  Contoh Surat Mohon Sumbangan

Contoh Surat Mohon Sumbangan

1. Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan banjir lumpur dan merosakkan beberapa buah rumah penduduk,penduduk amat memerlukan bantuan segera . Inilah sebab kami mengadakan kempen kutipan derma ini. Kami akan menggunakan dana sumbangan ini bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk seperti makanan,pakaian dan membantu membaiki rumah meraka.

Dengan itu,saya amat berharap tuan akan mempertimbangkan untuk hadir ke kempen kutipan derma kami. Dana sumbangan itu akan digunakan secara berhemah dan untuk tujuan yang murni.

Sekian,terima kasih

Yang Benar

……………………..

Hj Ayob Bin Abu Seman