Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Bagi meraka yang terpilih didalam saringan awal untuk peperiksaan ptd – ia merupakan misi yang amat kritikal bagi calon exam ptd 2017. Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41  merupakan soalan dan jawapan antaranya  pemudah kepada keresahan meraka.

Punca Calon GAGAL……………..

Amat mendukacitakan apabla mengetahui keputusan exam yang gagal – anda sebenarnya sangat bergantung harap yang exam ptd m41 kali ini membawa makna yang gembira. Apakah sebenarnya punca kegagalan peperiksaan, adakah ia berpunca daripada kekalutan atau ketidak sediaan dengan contoh soalan pengetahuan am ,esei atau disebabkan faktor yang lain. Walau apapun sebabnya – kesimpulan yang dapat saya rumuskan  kepada beberapa faktor kegagalan calon didalam exam PTD pada tahun yang lalu. Seperti Berikut:

Kekurangan sumber bacaan – PTD adalah satu bidang tugas yang luas, Ianya agak mustahil jika sebuah buku yang hanya merangkumi satu bahagian soalan untuk menjawab puluhan soalan yang berbeza .

Kekurangan masa – Mungkin anda sekarang adalah individu yang bekerja, peruntukan masa yang diagih untuk menelaah silibus soalan peperiksaan PTD sangat terhad. Untuk studi setiap jangkaan soalan daya pengetahuan ,penyelesaian matematik sangat sukar dilaksanakan didalam jangka masa yang pendek ini.

Contoh Soalan dan jawapan yang tidak tepat – ada sesetengah soalan dan jawapan untuk peperiksaan PTD tidak dapat dipercayai dari sesetengah sumber bacaan.

Kekurangan contoh soalan peperiksaan PTD dari tahun sebelumnya dan jawapannya.  Apabila calon PTD rujuk contoh soalan dari peperiksaan sebelumnya,soalan ujian akan dapat bantu calon lihat corak dan hubung kait peperiksaan PTD Sebelum dan mungkin yang akan datang . Namun bukan mudah untuk menemuinya.


 

Bagaimana Nak Buat Persediaan Exam PTD 2017

Berdasarkan pemerhatian dan juga sokongan yang telah saya kongsikan untuk calon peperiksaan PTD M41 yang lalu boleh dikatakan calon Peperiksaan PTD 2017 perlukan Nota Rujukan Sebagai Mukadimah penyelamat kerana pada masa kini tidak ada panduan lain yang boleh membantu anda menghadapi peperiksaan PTD 2017 yang penuh dengan cabaran. Menurut meraka [calon exam PTD 2016] , sesetengah yang berjaya lulus adalah merupakan sebahagian calon sempat mendapatkan Nota rujukan dan contoh soalan PTD di akhir minit peperiksaan diadakan.

Langkah – Langkah Persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2017

  1. Dapatkan nota rujukan sebagai persediaan untuk ulangkaji soalan soalan peperiksaan  PTD seksyen A daya pengetahuan dan seksyen B Daya Menyelesaikan masalah.
  2. Luang masa tambahan studi nota rujukan dan latih tubi untuk merangka pelan pembelajaran yang lebih efektif.
  3. Dapatkan nota tambahan dan contoh soalan peperiksaan  PTD dari sumber yang boleh dipercayai .
  4. Muat turun contoh soalan peperiksaan PTD dari tahun sebelumnya dan jawapannya. Boleh download di sini.

Oleh kerana itu, usah studi hard lagi sebab dah ada rujukan yang boleh bantu anda studi smart..


[+] TEMPAH SEKARANG

 


Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


PROSEDUR PENGAMBILAN

Saringan 1
Lulus ujian Pra-ELPA (secara atas talian) sebelum dipertimbangkan untuk saringan dan penilaian seterusnya.

Saringan 2
Lulus Ujian English Language Proficiency Assessment (ELPA) sekurang-kurangnya Band 4.
Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dan Saringan Inventori Diagnostik Personaliti.
Memiliki tahap kesihatan yang baik sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
Cemerlang (Band 5) dalam penilaian Leadership Development and Assessment Programme (LEAP) yang berkenaan.

Saringan 3
Lulus temuduga kemasukan khas PTD.
Hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Pegawai lantikan tetap akan diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) semasa menghadiri kursus.
Pegawai lantikan kontrak akan diberikan kemudahan Elaun Pra Perkhidmatan, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Kertas Projek dan Elaun Latihan Amali.

SYARAT LANTIKAN DAN KEMASUKAN

a) warganegara Malaysia;
b) telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa;
c) memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90% dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara;
d) sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara;
e) bebas dari sebarang tindakan tatatertib;
f) memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan;
g) mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan
h) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).


Format Soalan Exam

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

1. Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:

i) Seksyen A – Pengetahuan Am (50 Soalan)
ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (40 Soalan

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.

B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.

C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.

D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.

II balu askar dan polis.

III orang kelainan upaya.

IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Jawapan: A

4

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah
1

 

  1. Apakah nilai paling sesuai bagi X?

2

ii)           Kemahiran Menginterpretasi Data

 

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

 

  1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

3

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

 

A        20 orang

B        40 orang

C        60 orang

D        80 orang

 

Jawapan: B
Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400 – 160
= 240
Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200
Beza pelancong Bulan April = 240 – 200 = 40
  1. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun

2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.

4

Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah

 

A 30
B 60
C 80
D 140

 

Jawapan: B
Teknik menjawab:
Jumlah kamera digital yang dijual = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011 = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013 = 290 – 150
Oleh yg demikian, = 140 buah
3:4 = 140 buah
1 buah = 140/7 = 20

dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah

Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.

iii)         Konsep Matematik

 

Konsep  Matematik  yang  digunakan  termasuklah  algebra  dan  geometri.

Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

 

  1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

5

6

 

  1. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

 

A              RM100

B              RM150

C              RM200

D              RM250

 

Jawapan: B

7

 

Demikian serba sedikit makluman ringkas sukatan peperiksaan, jawatan ,proses pengambilan– tugas , dan serba sedikit Contoh Soalan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41.

Daftarlah segera untuk menerima langganan makluman nota nota tambahan untuk peperiksaan PTD dan anda berpeluang untuk memuat turun  Format Peperiksaan  PTD dari SPA pada tahun 2010 & 2013  dan Contoh Soalan Seksyen PTD A & B .


[+] Pendaftaran Rujukan PTD M41 Subscribe Here