Proses Lantikan Dan Pengambilan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Pengambilan pegawai tadbir dan diplomatik m41 (ptd) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa. (Sumber http://www.intanbk.intan.my/).

 Dapatkan Pakej Rujukan  PTD M41:Ke Laman Web Jualan Rujukan PTD

Menurut sumber ,proses pengambilan pegawai tadbir diplomatik akan melalui beberapa proses seperti dibawah

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman http://www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

Peperiksaan

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

Sila rujuk Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 ini.

 Dapatkan Pakej Rujukan  PTD M41:Ke Laman Web Jualan Rujukan PTD

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

ptdm41

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

Temuduga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD

 Dapatkan Pakej Rujukan  PTD M41:http://eepurl.com/cgypMT

carta ptd

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41
DAFTAR SEGERA !

Terima hebahan maklumat PERCUMA tarikh,pengumuman,contoh soalan  dan panduan menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41. Hanya isi nama dan email untuk melanggan email dari kami untuk menerima Update terkini exam Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41.

Terima Link Download Percuma Format Peperiksaan PTD M41 2010 & 2013 Selepas Pendaftaran Disahkan.

Terima kasih kerana melanggan email. Sila buka peti inbox dan spam email anda untuk mengesahkan langganan PERCUMA ini.

Speak Your Mind

*

%d bloggers like this: