Contoh Surat Tuntutan Hutang

Apabila anda memberi pinjaman kepada seseorang atau perniagaan ,secara kebiasaannya anda pasti mengharapkan kembali pinjaman yang diberikan akan dikembalikan kepada anda pada suatu tempoh masa . Jika tidak, anda boleh membuat tuntutan kembali dengan membawanya ke mahkamah tetapi anda boleh mencuba cara ini sebagai tindakan pertama untuk dapatkan kembali pinjaman anda.

 

Surat tuntut Hutang

 

Hj Dollah B Salleh
P35,Taman Bersekutu
04555 Kubang Rotan
Terengganu Darul Iman

15 Nov 1990

Ahmad B Jiwang
Kota Temenggung
04555 Kubang Rotan
Terengganu Darul Iman

 

              PERKARA:  TUNTUTAN HUTANG

 

Encik Ahmad B Jiwang,

Merujuk kepada kepada perjanjian pinjaman berjumlah RM5,xxx yang saya berikan kepada encik Ahmad untuk membayar wang muka kerata pada  15 Feb 1989. Kita bersetuju bahawa pada masa tersebut bayaran pinjaman encik Ahmad kepada saya akan dilangsaikan sepenuhnya sebelum 10 Jun 1989 tetapi sehingga kini anda  masih belum melunaskan pinjaman ini kepada saya. Setahun kini saya masih belum menerima apa-apa bayaran dari anda dan sekarang saya meminta kepada Encik Ahmad langsaikan hutang ini sepenuhnya.

2. Jika saya tidak menerima bayaran sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini,saya akan dan berhak menuntut kembali pinjaman ini dan bersedia mengambil tindakan undang-undang untuk mendapakan kembali wang saya tanpa ada sebarang notis kelak kepada anda.  Surat ini selaku bukti dimahkamah seandainya anda gagal membayar pinjaman tersebut. Jika perkara ini berlarutan sehingga ke mahkamah ,saya akan pastikan anda menanggung segala perbelanjaan upah peguam dan semua yang berkait.

 

Download: Contoh Surat Tuntutan Hutang

TUNTUTAN HUTANG

Jika ada apa pertanyaan sila hibungi saya di 017-xxx8457

 

Bertindaklah dengan cepat atas tuntutan ini demi kebaikan bersama.

 

Sekian ,terima kasih

 

 

Yang Benar

 

Hj Dollah B Salleh

Comments

  1. Berus Wayne says:

    Blog yg bagus.

    Harap dapat terus aktif

  2. isteri terianiaya says:

    Bole bagi contoh tuntutan pembayaran hutang kepada si suami sebagai jaminan dia akan melunaskan sehingga tamat pembayaran x?

    Duit kahwin sebanyak 300 sebulan selama 6 tahun.. setakat ni suda 3 tahun dijelaskan… baki tahun ada 3 tahun lagi

    dan pembayaran hutang bulanan yg dibuat ke atas nama saya di skim pinjaman swasta sbyk 700 sebulanutk tujuan pinjaman peribadinya

Speak Your Mind

*