Contoh Surat Terima Tawaran Kerja

Apabila anda telah menerima tawaran kerja,ia adalah praktikal dan kebiasaan untuk menyediakan surat terima tawaran kerja khasnya. Ia adalah salah satu cara memaklumkan majikan bahawa anda bersedia untuk bekerja secara rasminya.

Surat terima kerja boleh diringkaskan mengikut format biasa yang anda inginkan tetapi  pastikan surat anda mempunyai format biasa seperti pendahuluan berterima kasih ,pernyataan rasmi menerima tawaran kerja,menerima syarat-syarat gaji dan faedah yang terkandung didalam surat tawaran tersebut.

 

Zainab Bte. Che Fakrul Hadi
No 88,Jalan Mangkuk Huyung,
54200 Pekan Kuah,Langkawi
Kedah Darul Aman.

15 Nov 2017

Kilang Roti Bakar Sdn.Bhd
Jalan Papan Jaya
01450 Pulau Putar
Pulau Pinang

Tuan,

PER:TERIMA TAWARAN KERJA

Berikutan dengan tawaran kerja dari Kilang Roti Bakar Sdn.Bhd,saya amat berminat dan menerima tawaran untuk memangku jawatan sebagai penyelia (supervisor )  di syarikat tuan. Terima kasih  dengan kesempatan ini,saya akan gunakan segala kudrat yang ada untuk memberikan sumbangan terbaik kepada  Kilang Roti Bakar Sdn.Bhd.

Download Contoh Surat Terima Tawaran Kerja 

Contoh Surat Terima Tawaran Kerja

Seperti yang telah dibincangkan,saya akan memulakan kerja pada 01 Disember 2017,permulaan gaji Sebanyak RM1500 bulanan dan faedah perubatan serta insurans  meliputi kontrak syarikat yang ditawarkan.

Sekali lagi,ingin saya berterima kasih diatas kesudian tuan menjadikan saya sebahagian dari syarikat Kilang Roti Bakar Sdn.Bhd. Jika ada maklumat tambahan yang diperlukan  sila maklumkan saya.

Sekian,terima kasih.

 

Yang Benar

 

………………………..

(Zainab Bte. Che Fakrul Hadi)

Comments

  1. Ok..dah lama rasanya tak terima ayat-ayat kacak dan menggoda macam ni..hehe..bila baca artikel ni, rasa rindu pulak pada ayat-ayat menggoda suatu masa dahulu..haha

Speak Your Mind

*