Contoh Surat Tempahan

Surat tempahan biasanya dibuat apabila anda ingin menempah ruangan seperti bilik hotel,dewan makan,gelanggang dan berbagai lagi. Kebiasaannya orang ramai suka membuat tempahan setibanya di lokasi dan akhirnya ruangan sudah pun ditempah kesemuanya.

Kegunaan surat tempahan ialah membantu anda mendapatkan tempat kemahuan anda tanpa perlu memikirkan sama ada bilik tersebut masih ada atau tidak. Contoh Surat Tempahan bilik hotel dibawah adalah panduan bagi anda yang ingin menempah bilik hotel .

Samsiah Bte Md .Isa
………………
……………….

 

15 April 2018

 

Hotel Budget Singapura
……………….
………………..

Tuan,

Perkara:Tempahan Bilik Hotel

Saya ingin memaklumkan bahawa saya akan bercuti di singapura pada 01 Mei, 2018 dan saya memerlukan sebuah bilik dari hotel anda selama 2 hari 2 malam.

2. Saya ingin menempah bilik yang ada pemandangan pantai dan bukit yang mempunyai 3 buah katil . Mengikut jadual harga yang ditetapkan dilaman web hotel anda berharga RM150 sehari.

Jika tiada halangan,sila hubungi saya di no – 000 0000000 untuk mengesahkan tempahan ini. Sekian,terima kasih.

Yang Benar

………………

Speak Your Mind

*