Contoh Surat Sokongan

Contoh surat sokongan ini adalah rujukan dari majikan untuk bekas pekerjanya ,format biasa digunakan untuk membuat permohanan kerja . Surat ini yang juga dikenali sebagai surat pengesahan majikan adalah salah satu contoh surat untuk membantu anda mendapatkan pekerjaan.

 

Kepada yang berkenaan,

 

Saya sangat mengesyorkan Azizah Awang sebagai calon untuk jawatan …………………… Azizah telah bekerja didalam syarikat saya sejak 2 tahun yang lepas sebagai kerani . Azizah bertanggungjawab menguruskan semua urusan pentadbiran pejabat ,pengendalian appointment, membuat risalah dan sebagainya urusan berkaitan pejabat.

Azizah mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi,tambahan juga dia seorang yang berdisiplin,rajin dan pakar komputer. Azizah mampu berdikari sendiri dan menyiapkan setiap tugasannya dengan penuh bertanggungjawab. Azizah juga seorang yang sangat mudah menyesuaikan diri dan mampu mengendalikan semua jenis tugas yang diamanahkan dan tidak lekok ilmu membantu rakan sejawat yang lain .

Muat Turun Surat Contoh Surat Sokongan

Contoh Surat Sokongan

Azizah awang akan menjadi aset  yang bernilai bagi syarikat anda kelak  berdasarkan pengesyoran saya sebagai majikannya yang terdahulu. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan tentang latar belakang kelayakannya,sila ajukan pertanyaan  anda terus kepada saya.

Yang Ikhlas

 

En Kamarul Sidek

Pengurus Syarikat XXXX SDN BHD

 

 

Comments

  1. Bagus contoh surat ni.

Speak Your Mind

*