Contoh Surat Selamat Tinggal

Apabila pekerja meninggalkan syarikat samada untuk berhenti atau bersara ,syarikat akan membuat surat selamat tinggal untuk mengucapkan penghargaan ke atas perkhidmtannya. Cara ini adalah salah satu cara bagaimana syarikat mengeluarkan perhargaan dan terima kasih terhadap pekerja.

Contoh surat selamat tinggal ini adalah salah satu contoh surat untuk syarikat kepada pekerja.

Kopal XXX Sdn.Bhd
……………..
……………..
……………..

04 November 2014

Suriani Binti Ahmad Jiwa
……………………
……………………
……………………

Puan suriani,

Perkara: Ucapan Penghargaan Selamat Tinggal

Adalah dengan ini,Kopal XXX Sdn.Bhd dan barisan pekerja ingin mengucapkan selamat tinggal kepada puan dan sedih atas persaraan ini.

2. Puan adalah pekerja yang baik dan berkemahiran tinggi sejak 20 tahun yang lalu ,walaupun awalnya kami meragui kebolehan puan tetapi pencapaian cemerlang puan setelah 10 tahun bekerja telah mengagumkan kami sekalian. Puan adalah aset yang terbaik didalam syarikat.

3. Rakan sekerja amat selesa dengan kehadiran puan pada waktu kerja dan selepas kerja,keramahan dan kecekapan puan menangani masalah dikalangan rakan sekerja juga membuatkan kami berat hati untuk melepaskan puan pergi.

Kami semua mendoakan semoga agar puan bahagia disisi keluarga tercinta dan menemui sesuatu yang baik setelah bersara. Sekian,terima kasih.

Yang Benar

………………….
Kopal XXX Sdn.Bhd
Co.Pengarah Urusan

Speak Your Mind

*