Contoh Surat Rayuan Pengurangan Bayaran

Anda mungkin antara meraka yang mempunyai masalah untuk membayar hutang kerana mengalami kesukaran disebabkan pelbagai situasi dan faktor lain. Anda boleh mencuba cara ini untuk mengurangkan bayaran terhadap penghutang ,justeru dengan itu anda tidak akan terbeban untuk melaksanakan tanggungjawab anda yang lain.

Shamsila Hani Bte Hj Asmat
……………………..
……………………..
……………………..

05 Disember 2017

Agen Penghutang Sdn.Bhd
…………………….
…………………….
…………………….

Kepada Siapa Yang Berkenaan,

Perhatian : Jabatan Kredit
Perkara    : No Ahli – 01454-5475 Shamsila Hani Bte Hj Asmat

Dukacitanya dimaklumkan saya dengan ini tidak dapat membayar hutang pinjaman mengikut jadual bulanan disebabkan situasi yang dialami sekarang. Tetapi saya masih akan membuat bayaran tersebut.

2. Setelah membuat catat kira perbelanjaan harian dan situasi kewangan saya yang meruncing kini,saya ingin memohon untuk penjadualan semula bayaran pinjaman. Saya juga memohon supaya bayaran pinjaman dikurangkan sehingga situasi pendapatan saya stabil.

3. Jika dibenarkan saya ingin menawarkan pelan pengurangan bayaran sebanyak RM………. sebulan berbanding bayaran biasa yang dijadualkan sebanyak RM………. sehingga situasi saya stabil.

 

Download Contoh Surat Rayuan Pengurangan Bayaran

Contoh Surat Rayuan Pengurangan Bayaran

Saya akan membuat bayaran seperti biasa setelah situasi kewangan saya telah stabil dan saya akan sentiasa khabarkan anda tentang kemajuan situasi saya nanti.

Dengan itu,saya amatlah berharap yang pihak tuan akan meluluskan permohonan saya dan memberikan kerjasama.

Sekian,terima kasih.

 

Yang Benar

 

……………………………

Shamsila Hani Bte Hj Asmat

Comments

  1. sukacita ke dukacita ni? xleh bayar boleh sukacita lak..hhehee

Speak Your Mind

*