Contoh Surat Peringatan Bayaran Lambat

Anda telah pun menghantar invois bayaran kepada pelanggan anda,akan tetapi penantian anda seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Semua orang tahu menanti untuk menerima bayaan daripada pelanggan adalah salah satu tugas yang sukar untuk dilakukan. Anda tidak mahu kelihatan terlalu mendesak ,tetapi anda mahu semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Jika anda mengalami kesukaran terhadap pelanggan yang liat untuk membayar hutang anda,tips berikut dan contoh surat peringatan bayaran lambat dibawah pasti membantu anda.

Anda tahu sebagai pemilik perniagaan samada kecil atau besar anda boleh tetapkan bagaimana terma invois bayaran anda. katakan si penghutang terlewat bayar,anda boleh kenakan faedah lewat sebanyak 2 % untuk 1 bulan dan 3 % buat 2 bulan kelewatan. Jika anda rasakan anda mungkin keterlaluan ,cuba lihat bagaimana institusi bank,pinjaman yang kenakan charge interest sekiranya anda terlewat bayaran.

Contoh Ayat Memujuk pelanggan bayar hutang

Notis Mesra

Selamat pagi kumaran,
Ini adalah peringatan untuk kelewatan bayaran invois anda bertarikh 01 Januari 2011 . Saya amat menghargai jika anda boleh menyelesaikannya pada waktu yang terdekat ini.

Sekian,terima kasih.

Lee Wei

Notis Serius

Selamat pagi kumaran,
Bayaran Untuk invois anda bertarikh 01 Januari 2011 masih belum dilunaskan. Sekali lagi saya letakkan maklumat akaun bayaran saya.

Peringatan – jika bayaran tidak dibuat didalam tempoh 30 hari,saya berhak mengenakan charge interest atau faedah ke atas akaun anda seperti yang termaktub didalam terma .

Harap ambil perhatian.

Lee Wei

Kadang-kadangnya jika notis peringatan melalui email tidak mendapat sebarang reaksi pelanggan ,anda boleh menghubungi terus melalui telefon untuk memaklumkannya.

Speak Your Mind

*