Contoh Surat Penghargaan Dan Terima kasih

Surat penghargaan  dibuat  untuk menunjukkan penghargaan atau berterima kasih kepada indivivu yang membantu anda didalam prospek kerjaya atau sebarang bantuan. Ia juga sebagai menghargai  jasa sama ada profesional atau individu biasa.
Dibawah dinyatakan beberapa contoh surat penghargaan buat anda:

Contoh Surat Penghargaan Kepada Pekerja

 

12 November 2012

Fatimah Bte Mat Ayob
………………………………

………………………………

 

Puan Fatimah,

Berdasarkan prestasi kerja puan sepanjang tempoh beberapa tahun ini dan perkhidmatan yang memuaskan hati saya terutama sekali membantu saya menyiapkan tugasan dengan penuh etika dan sabar – saya menulis surat penghargaan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada puan.

Berkat kesabaran puan dan sikap tidak suka melengahkan masa amat saya kagumi. Selain itu,kehadiran puan didalam jabatan ini sedikit sebanyak menjadi contoh tauladan yang baik bagi rakan sekerja kerana sikap puan yang suka hadir awal ke tempat kerja dan tidak membuang masa. Jika ada anugerah tahunan bagi pekerja terbaik, ingin saya anugerahkan kepada puan .

Dengan itu,saya amatlah berharap yang puan terima surat penghargaan ini dengan ikhlas dari  jabatan  jualan.

 

Yang Ikhlas

 

 

 

 

Download  Contoh Surat Penghargaan

…………………………………..

Norasiah Bte Che Mad

Pengurus Urusan Syarikat XXXXX sdn bhd Contoh Surat Penghargaan Dan Terima kasih

Contoh Surat Penghargaan Perkhidmatan

Fadzil Sup Xboxx Sdn Bhd

…………………………………….

……………………………………..

 

Tuan pengurus,

Saya ingin membuat pujian bagi perkhidmatan penghantaran syarikat tuan yang tiba tepat pada masanya. Barangan yang dipesan telah sampai didalam masa seminggu seperti yang dijanjikan,dengan itu membolehkan saya menggunakan perkakasan ini untuk perkahwinan anak saya.

Lantaran itu,produk tuan iaitu pinggan dan mangkuk adalah dari kualiti yang tinggi dimana tiada satu pun barangan ini tercalar dan serpih. Peralatan lain seperti aksesori hidangan pengantin juga kelihatan sangat menarik . Saya pasti akan membeli lagi dari syarikat tuan dan mengesyorkan kepada rakan taulan dan ahli keluarga.

Sekian,terima kasih.

 

Yang benar

………………….

Awang din

Speak Your Mind

*