Contoh Surat Lewat Datang Kerja

Surat amaran atau peringatan biasanya diberikan kepada pekerja yang selalu lambat datang kerja ,walaupun dilabelkan sebagai amaran ianya berfungsi sebagai surat peringatan agar tidak mengulangi perbuatan yang sama. Surat lambat datang kerja biasanya akan menjelaskan sebab surat dikeluarkan,hukuman atau denda yang akan dikenakan dan tarikh pekerja melakukan kesalahan.

Tips menulis Surat Amaran atau peringatan lambat datang kerja .

Syarikat XOXXO Sdn Bhd
……………………
……………………
……………………

17 Oktober 2018

Azman Bin Hj Semam
…………………….
…………………….
…………………….

En,

Perkara :Surat Peringatan Lambat Datang Kerja

Kami ingin memaklumkan Encik.Azman Bin Hj Semam bahawa anda telah kerapkali datang lewat ke tempat kerja. Sepanjang bulan ini sahaja,anda telah pun lewat untuk check in selama 30 minit.

Ini adalah rekod kedatangan encik azman :

  1. 2 sept 2018    – 9 minit selepas waktu berehat – tiada alasan dibuat
  2. 5 sept 2018    – 15  minit sebelum memulakan tugas – tiada alasan dibuat
  3. 10 sept 2018  – 24 minit sebelum memulakan tugas- tiada alasan dibuat

Kami dengan ini ingin memastikan semua pekerja Syarikat XOXXO Sdn Bhd akur dengan etika kerja yang telah ditetapkan dengan serius. Letakkan keutamaan anda untuk hadir tepat pada waktunya ke tempat kerja.

Berlarutannya kejadian seperti ini adalah bermakna anda akan dikenakan denda dan hukuman yang lebih keras seperti kehilangan bonus ,overtime dan sebagainya.

Yang Benar

……………
(Lee AUN)
Pengarah Urusan Syarikat XOXXO Sdn Bhd

Speak Your Mind

*