Contoh Surat Bantahan

Anda mungkin antara meraka tidak berpuas hati tentang kenaikan harga ,cukai atau sebagainya. Bagaimanakah anda menuntut dan  membantah terhadap isu tersebut. Menulis Surat Bantahan merupakan langkah terbaik,jika banyak bantahan dibuat kemungkinan anda akan memenangi bantahan tersebut. Contoh Surat bantahan Kenaikan Harga Makanan Dikilang .

Razli Ismail Bin Mohd Jiwa
……………………..
……………………..
……………………..

4 September 2055

Pengarah Syarikat XBB Sdn.Bhd
…………………….
…………………….
…………………….

Tuan,

PERKARA : BANTAHAN KENAIKAN HARGA MAKANAN KANTIN

Saya merujuk kepada notis pengumuman di papan kenyataan ruangan lobi yang bertarikh pada 1 September 2055. Saya ingin membuat bantahan diatas kenaikan harga makanan kantin.

2. Sejujurnya menurut saya ini adalah tindakan yang tidak bijak dilakukan pihak syarikat,pekerja kilang ini khasnya adalah pelanggan setia dikantin ,jika pihak syarikat menaikkan harga makanan pekerja amnya akan mencari inisiatif lain untuk mendapatkan makanan.

3. Pihak syarikat boleh menaikkan harga makanan dikantin sekiranya menaikkan sekali tangga gaji pekerja,selain dari itu pekerja lebih suka makan dikantin kerana kebersihan yang terjaga dan persekitarannya. Namun jika kilang teruskan idea menaikkan harga makanan. Pekerja akan memilih makan diluar dimana makanannya murah.

Adalah diharapkan agar pihak syarikat menarik balik keputusan menaikkan harga makanan demi kebaikan pekerja dan syarikat.

Sekian,terima kasih diatas segala keprihatinan pihak syarikat .

Yang Benar

………………..
(Razli Ismail Bin Mohd Jiwa)

Comments

  1. Yang Dihormati Puan,

    Saya ingin meminta cara menulis Surat Aduan danBatahan tentang salah guna nama saya utk mendaftar Celcom Mobile guna beratus!

    Terima Kasih,

    Y.K.Ng

  2. OTHMAN BIN HARUN says:

    YANG DIHORMATI PUAN

    SAYA INGIN MEMINTA CARA MENULIS SURAT ADUAN DAN BANTAHAN PESERTA YANG MENGAMBIL DUA KALI DALAM ACARA TILAWAH DITEMPAT BERASINGAN

  3. saya nak tulis surat bantahan kepada majikan saya sebab tuduh nama saya sebagai gossip tanpa bukti

Speak Your Mind

*