Contoh Surat Aduan

Anda mungkin antara meraka yang ingin membuat aduan tentang sesuatu perkara yang menimbulkan ketidaksenangan hati anda. Lantas anda mula mencari contoh surat aduan yang membawa anda terus ke sini. Walaupun kami bukanlah pakar rujukan tepat,tetapi contoh dibawah boleh membantu anda membuat buah fikiran .

Azmin Hamid Bin Haji Wibowo
No-44,Jalan Sepang,taman seroja
054111 puchong
Selangor Darul Ehsan

4 NOVEMBER 2555

Tok Penghulu
Daerah Kota Semampat,
05422 Hulu Langau
Johor Darul Takzim

Tuan,

PERKARA:ADUAN LEMBU BERKELIARAN

Merujuk pernyataan diatas,saya wakil penduduk taman seroja ingin membuat aduan tentang lembu-lembu ternakan yang dibiarkan berkeliaran dikawasan taman kami.

2. Buat makluman tuan,lembu-lembu ternakan ini dimiliki oleh seorang penternak lembu komersial disebelah taman kawasan kami. Lembu yang dibiarkan berkeliaran ini bukan sahaja menyusahkan penduduk apabila membuang najis dimerata-rata tempat tetapi membahayakan penduduk terutama sekali remaja dan pembonceng motosikal,tali panjang yang diikat pada hidung lembu dan meleret sering kali tersangkut kepada motosikal apabila pembonceng melanggar tali tersebut.

Download Contoh Surat Aduan

Contoh Surat Aduan

3. Lembu-lembu yang berkeliaran ini tidak seharusnya dibiarkan sahaja tanpa pengawasan,selain dari mengancam penduduk kebersihan kawasan kami juga terjejas akibat penularan penyakit disebabkan najis haiwan ini.

Dengan itu,saya mewakili penduduk ingin sekali meminta bantuan dari tok penghulu untuk menyelesaikan masalah ini. Kami amat berterima kasih atas kerjasama tuan .

Sekian ,wassalam.

Yang Benar

…………………………………………………
(Azmin Hamid Bin Haji Wibowo)

Wakil penduduk taman seroja 

Comments

  1. Wah.. usaha yang baik.. laman ber niche baru di Malaysia ni

  2. ong Sun min says:

    Niaga di taman

Speak Your Mind

*