Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan

Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan 

Mengikut data-data yang diperoleh dari sumber yang dipercayai,pemohon untuk jawatan separa perubatan amatlah ramai – tidak dapat dipastikan jumlah angka pemohon yang sebenar ,namun ia dipercayai melebihi dari jawatan lain.

perubatan

  Download Soalan: PREVIEWCOPY RUJUKAN 

Sekilas pandang perkenalan mudah definisi tugas dan skop kerjanya adalah seperti berikut:

Terbahagi kepada 10 jawatan :

  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Jururawat Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat kelayakan untuk memohon diploma Separa Perubatan :

  • Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.

  • Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.

    • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau

    • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan

    • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

    • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

    • Rujukan Penuh Temuduga Kerja Kerajaan Dan Separa Perubatan 

 

  • Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :
    • Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
    • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
    • Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

Latihan bertaraf sijil

 Terbahagi kepada 3 jawatan :

  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil:

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Proses tapisan dalam Separa Perubatan

Sebelum anda diterima masuk ke dalam latihan Separa Perubatan, tapisan peperiksaan dan temuduga akan dijalankan bagi memilih calon-calon yang layak. Tapisan pertama bermula sejak calon mengisi borang permohonan di laman rasmi SPA. Calon-calon yang menepati syarat akan dipanggil ke peperiksaan Separa Perubatan. Di antara soalan-soalan yang bakal ditanya ialah Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan dipanggil untuk tapisan temuduga.

Kriteria yang dinilai dalam temuduga Separa Perubatan

 

  1. Kelulusan akademik.

Periksa kembali kelulusan yang anda miliki. Adakah ianya menepati kriteria yang diperlukan? Adakah subjek yang anda ambil semasa SPM dahulu sama seperti yang tertulis di portal SPA? Adakah anda lulus subjek minimum seperti yang dikehendaki? Adakah anda lulus Ujian Lisan? Sekiranya tidak, anda bakal tersingkir awal-awal lagi. Anda akan gagal menyertai latihan Separa Perubatan buat selama-lamanya.

 

  1. Pengetahuan dan minat.

Panel penemuduga akan bertanyakan kepada calon mengenai Separa Perubatan dan hal ehwal yang berkaitan dengannya. Sebagai calon yang dipanggil ke sesi temuduga, anda perlu kaji setiap latihan yang ada dalam Separa Perubatan sebagai persediaan. Fokus kepada latihan yang anda pilih. Sebagai contoh Latihan Jururawat. Kumpulkan maklumat seperti ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang Jururawat. Selain itu, senaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan selaku Jururawat.

 

  1. Pengetahuan am.

Bahagian ini memang mencabar kerana anda perlu mengambil tahu banyak perkara. Buat satu senarai rujukan yang bermula dengan bidang kesihatan, ubat-ubatan, komputer, ekonomi dan isu semasa. Jawab soalan berpandukan fakta dengan membuat rujukan dari mana-mana sumber yang rasmi dan boleh dipercayai.

 

  1. Sikap dan perwatakan.

Penemuduga akan membuat penilaian berdasarkan sikap dan perwatakan yang anda tampilkan bermula dengan gerakan pertama anda masuk ke bilik temuduga, cara anda memberi salam, cara anda menjawab soalan, gerakan tangan, pandangan mata dan cara anda mengucapkan terima kasih. Semasa temuduga, anda mungkin akan menghadapi pelbagai bentuk pertanyaan termasuklah soalan berbentuk provokasi. Oleh itu anda perlu bijak mengawal emosi dan sentiasa ingat bahawa anda sedang ditemuduga.

 

  1. Kelancaran, kepetahan dan kercerdasan menjawab soalan.

Untuk menjawab soalan temuduga dengan lancar, anda perlukan persediaan dan latihan. Tampilkan bahawa anda merupakan seseorang yang gemar berkomunikasi dan berbincang. Upayakan untuk menjawab soalan tanpa tersekat-sekat. Bidang Separa Perubatan memerlukan seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik semasa menjalankan tugas.

 

  1. Penglibatan ko-kurikulum.

Semasa di sekolah dahulu, apakah kelab, persatuan dan unit beruniform pilihan anda? Aspek ini bakal mempengaruhi keputusan temuduga Separa Perubatan anda. Jika anda tidak mempunyai rekod ko-kurikulum yang baik, anda bakal kecundang. Untuk sukses dalam kerjaya Separa Perubatan, anda haruslah menjadi seseorang yang boleh bersosial dan bercampur dengan orang ramai.

Speak Your Mind

*