Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen KP27

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen  KP27.  Exam yang akan dijalankan pada penghujung tahun 2014  dan kemungkinan besar calon akan menduduki peperiksaan secara online. imigreesen

Secara amnya,pengenalan secara ringkas jawatan khas Penolong Penguasa Imigresen  KP27,

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

 

Pengenalan kepada tujuan peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen  KP27 ini dijalankan

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi
maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperik saan adalah dari pelbagai jurusan. Maka , soalan – soalan
yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dil antik sebagai Penolong Penguasa Imigresen, Gred KP27.

Peperiksaan ini melibatkan empat kertas berasingan iai tu Seksyen A dan Seksyen B. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon- calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik
dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja , maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon – calon dinasihatkan
supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon- calon yang memenuhi syarat – syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemuduga.

Berikut ADALAH contoh soalan exam penolong penguasa imigresen kp27 . 

Ujian ini mengandungi 2  seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM penolong penguasa imigresen kp27

 

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 5 0
Markah : 50

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan perkara
berkaitan dengan Undang- undang dan Peraturan Imigresen seperti Akta Pasport 1966
(Akta 150), Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta
670), keselamatan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, sosial dan lain- lain isu
semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas .

Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat
Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah ,
laman web dan buku- buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan
seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia
pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan Pengetahuan Am 
1. Berapakah cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pen gusaha makanan
segera seperti restoran M cDonald dan Kentucky Fried Chicken(KFC) ?

A. 5%
B. 6%
C. 8%
D. 10%

Jawapan : B

2. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ket enteraan di antara negara – negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan: D

3. Apabila Yang di -Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda
hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapa t
sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.

Jawapan: D

IV

SEKSYEN B – D AYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markah : 50

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang
dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada,
kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat – maklumat tersebut untuk
memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah- masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

1

2
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan.
Perangkaan yang diberi perlu di analisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk
calon memberi jawapan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada
cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara
rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak -kanak.

3

Contoh Soalan Konsep- konsep Matematik dan Akaun

4

 

 

Dengan itu ,tamatlah contoh soalan format peperiksaan penolong penguasa imigresen kp27.  Dapatkan contoh soalan yang lebih banyak lagi dengan melanggan info di bawah.

Penolong Penguasa Imigresen KP27
Daftar SEGERA

Terima hebahan maklumat PERCUMA tarikh,pengumuman dan panduan menduduki  Peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen KP27. Hanya isi nama dan email untuk untuk melanggan email dari kami untuk menerima Update terkini  exam  Penolong Penguasa Imigresen KP27.

Terima kasih kerana melanggan email dari servismenulis.com. Sila buka peti inbox email anda untuk mengesahkan langganan PERCUMA ini.

Comments

  1. assalamualaikum, minta sesiapa yang sudi meearangknn apakah perbezaan diantara tingkat harga umum dengan harga purata, dan bagaimana nak kira tingkat harga umum. tqkeseluruhan laman ini baik. tq

Speak Your Mind

*