Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Johor 2018

Makluman segera mengenai peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Johor 2018 boleh di akses sepenuhnya di laman sesawang Spa , tahniah untuk yang terpilih dan misi seterusnya adalah mencari Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Johor 2018 untuk ulangkaji pelajaran 🙂 .

Pihak kami telah menerima makluman dan permintaan untuk buku rujukan , jumlah calon yang terlibat tidak dapat dipastikan lagi, tetapi apa yang pasti exam ini adalah untuk pegawai tadbir di negeri johor sahaja. Makluman seterusnya pastinya dapat menarik perhatian calon semua.

Buat makluman semua calon, 3 seksyen ini adalah bahagian soalan yang perlu dijawab . Contoh Soalan  peperiksaan seperti berikut:

1. Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:

i) Seksyen A – Pengetahuan Am (50 Soalan)
ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (40 Soalan

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.

B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.

C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.

D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.

II balu askar dan polis.

III orang kelainan upaya.

IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Jawapan: A

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah
1

 

  1. Apakah nilai paling sesuai bagi X?

2

ii)           Kemahiran Menginterpretasi Data

 

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

 

  1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

3

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

 

A        20 orang

B        40 orang

C        60 orang

D        80 orang

 

Jawapan: B
Teknik menjawab:
Pelancong luar negara = 40/100 x 400
= 160
= 400 – 160
= 240
Pelancong tempatan = 1/3 x 600
= 200
Beza pelancong Bulan April = 240 – 200 = 40
  1. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun

2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.

4

Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah

 

A 30
B 60
C 80
D 140

 

Jawapan: B
Teknik menjawab:
Jumlah kamera digital yang dijual = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011 = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013 = 290 – 150
Oleh yg demikian, = 140 buah
3:4 = 140 buah
1 buah = 140/7 = 20

dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah

Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.

iii)         Konsep Matematik

 

Konsep  Matematik  yang  digunakan  termasuklah  algebra  dan  geometri.

Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

 

  1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

5

6

 

  1. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

 

A              RM100

B              RM150

C              RM200

D              RM250

 

Jawapan: B

7


Untuk makluman calon semua, buku rujukan untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Johor 2018 akan dibuka 1 Feb ini …Hanya register nama anda dibawah untuk terima makluman.

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41
DAFTAR SEGERA !

Terima hebahan maklumat PERCUMA tarikh,pengumuman,contoh soalan  dan panduan menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41. Hanya isi nama dan email untuk melanggan email dari kami untuk menerima Update terkini exam Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41.

Terima Link Download Percuma Format Peperiksaan PTD M41 2010 & 2013 Selepas Pendaftaran Disahkan.

New : PAPER EXAM 2016 SOALAN DAN JAWAPAN INCLUDED.

Terima kasih kerana melanggan email. Sila buka peti inbox dan spam email anda untuk mengesahkan langganan PERCUMA ini.

[DISCLAIMER ] Pihak servismenulis.com tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang servismenulis.com sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

Speak Your Mind

*

%d bloggers like this: