Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41  dibawah telah disediakan khas untuk calon  yang akan menduduki peperiksaan pada 27 mei 2014 ini. Soalan dan jawapan ini adalah susulan daripada ikhtiar membantu calon lulus exam pegawai pembangunan masyarakat s41.

s41

Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris3

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja

sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan
komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan
semasa didalam dan luar negara.

Masa : 40 minit

Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN :

1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali
A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan

Sosial.

Jawapan : B

2. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan

yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

 

I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.

 

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

Jawapan : D4

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan
menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon
dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi
memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif
untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan
untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai
Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan
pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap
tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30
CONTOH SOALAN :
1. 30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?
A. 38
B. 40
C. 44
D. 48
Jawapan : C

2. Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3
dan 7 dalam nombor di atas?
A. 300.7
B. 30.7
C. 3.07
D. 3.7
Jawapan : C

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam
penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang
disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas
CONTOH SOALAN :

1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.
Bincangkan.
2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda
dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam
penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang
disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)

Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas
CONTOH SOALAN :

1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.
2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than
face-to-face contact for its main means of communication?

Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Daftar SEGERA

Terima hebahan maklumat PERCUMA tarikh,pengumuman dan panduan menduduki Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. Hanya isi nama dan email untuk untuk melanggan email dari kami untuk menerima Update terkini exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

Terima kasih kerana melanggan email dari servismenulis.com. Sila buka peti inbox DAN SPAM  untuk mengesahkan langganan PERCUMA ini.

Speak Your Mind

*