Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41

Ramai antara anda sedang mencari Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 . Memandangkan tarikh peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 semakin dekat iaitu pada 15 Mac ini, entry seterusnya akan membincangkan bentuk soalan dan komponen exam Pegawai Hal Ehwal Islam S41.

Info Ringkas Pegawai Hal Ehwal Islam S41

Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis.

Bertanggungjawab kepada:
1. Pengarah/Setiausaha Bahagian
2. Ketua Penolong Pengarah/Ketua Penolong Setiausaha

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
Mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan dan pengimarahan masjid/pengurusan Baitulmal/pengurusan halal.
SENARAI TUGAS :
  1. Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  2. Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  3. Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  4. Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  5. Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  6. Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  7. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Format Peperiksaan

Pengetahuan Am

Daya Menyelesaikan Masalah

Ujian Psikometrik

Contoh Soalan Pegawai Hal Ehwal Islam S41

JuruAudit W41
DAFTAR SEGERA !

Terima hebahan maklumat PERCUMA tarikh,pengumuman,contoh soalan  dan panduan menduduki Peperiksaan  Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41.

Speak Your Mind

*

%d bloggers like this: