Bagaimana Nak Lulus Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Apabila anda membuat persiapan untuk peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat anda tentunya ingin mengetahui sekurang-kurang bentuk dan jenis soalan yang akan muncul . Anda boleh bertanyakan rakan-rakan yang mungkin pernah menjalani peperiksaan sama sebelum ini,tentunya membantu walaupun contoh soalan yang mungkin anda ketahui.

Contoh soalan adalah berdasarkan ruang skop jurusan teknologi maklumat,anda mungkin ingin meluaskan pengetahuan anda tentang pengetahuan internet,unit komponen komputer ,perisian dan sebagainya.

Walaubagaimanapun usah risau kerana Tim Infokerjaya telah pun menyediakan contoh soalan yang Terbaik ,terbukti bantu anda  lulus ujian itu nanti.

 

2      Tempah Awal Tempat Pertama Rujukan Terbaik Dari Tim Infokerjaya 

 

Muat Turun Panduan Asal Dari Laman Web Spa

BAHAGIAN I

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
1. Ujian ini mengandungi dua (2) bahagian iaitu:

i) Bahagian I – Kecenderungan:

a. Seksyen A – Pengetahuan Am
b. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
BAHAGIAN I
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta perkembangan isu-isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan dalam bidang ICT yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma di dalam bidang tersebut.

Contoh Soalan:

1 Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.
Tetikus merupakan contoh bagi
A Unit Storan.

B Peranti Input.

C Peranti Output.

D Unit Pemprosesan.
Jawapan: B
2 Protokol utama yang digunakan dalam World Wide Web (WWW) untuk memindahkan maklumat ialah
A Internet Protocol.

B File Transfer Protocol.

C Hypertext Transfer Protocol.

D Anonymous File Transfer Protocol.

Jawapan: C

 

 2     Nak Tahu “Bagaimana Jawapan Soalan Anda Terjawab “

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1 Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?

1

A 64
B 54
C 49
D 4

Jawapan: B Teknik Menjawab:
Kesemua nombor ialah hasil kuasa dua kecuali 54.

 

2 Apa Bentuk Berikutnya:

11
12

 

Jawapan:C
Teknik Menjawab:
Bermula satu garis seterusnya tambah menjadi dua, tiga dan empat.
ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak- kanak.

Bilangan Pengunjung

Lelaki

Perempuan
Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

 

A 1/3
B 2/3
C 1/4
D 2/4

Jawapan: B Teknik Menjawab:
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136
= 360 orang

Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136
= 240 orang

Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360
= 2/3
2. Data di bawah menunjukkan bilangan pelanggan yang datang ke kedai serbaneka dari lima buah taman berhampiran pada satu bulan.

 

Taman Bilangan Pelanggan
Murni

4,500

Jaya

2,300

Indah

2,200

Mewah

4,000

Sepakat

3,500

Cari nilai kebarangkalian bagi seseorang pelanggan dari Taman Mewah yang datang ke kedai serbaneka tersebut.

A 18/33
B 8/35
C 8/33
D 3/8

Jawapan: C Teknik Menjawab:
penerangan : 4000 / 4500 + 2300 + 2200 + 4000 + 3500 = 8/33
iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62

Jawapan: A

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah

8×7 = 28
2

 

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A 36
B 33
C 30
D 27

Jawapan: D Teknik Menjawab:
90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

 

4    Pilih Untuk Berjaya “Pilih Untuk Pre-order Sekarang

 

PANDUAN MENJAWAB SOALAN
Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Bahagian I)

1. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

2. Soalan objektif ialah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1). Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan ialah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

3. Bagi merekodkan jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensel 2B sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekodkan jawapan.
PENUTUP
Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 adalah lebih baik.

‘Selamat Maju Jaya’
Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Trackbacks

  1. […] sudahpun meletakkan contoh soalan penolong pegawai teknologi maklumat f29 di post sebelum ini disini  .  Sekian dari saya semoga meraka yang bakal menduduki exam nanti akan lulus dengan cemerlang […]

Speak Your Mind

*

%d bloggers like this: